Senin, 11 Januari 2010

Menghilangkan Kesan Parut Jerawat

baca selengkapnya_

Yes! Topik ini akan sentiasa ada saja orang mencari mengenainya dari masa ke semasa. Ia merupakan salah satu topik yang tidak akan dan tidak mungkin ditelan dek zaman. Baiklah, memandangkan anda sudah berada di sini, biar saya hentikan pencarian anda dengan memberi anda jawapan setepatnya:
Untuk memastikan kesan parut peninggalan jerawat, terlebih dahulu anda kena pastikan yang bahawasanya parut tersebut sudah tidak lagi berpenghuni. Kes yang menyangka wajah mereka hanya tinggal parut saja (tidak berjerawat) seringkali terjadi. Lalu mereka bersusah-payah mencari jalan bagaimana menghilangkan parut berkenaan dengan mengenepikan soal jerawat begitu saja (sekilas pandang).
Cara untuk memastikan parut tersebut masih berpenghuni atau tidak adalah dengan memicit lubang parut berkenaan. Kalau ia ada mengeluarkan isi putih yang halus, maka parut tersebut masih berpenghuni. Juga, kalau anda dapat rasakan yang ianya masih mengeluarkan minyak, itu juga petanda yang bahawasanya ia masih berpenghuni. Dan kalau parut tersebut masih berpenghuni, maka sia-sia saja usaha anda menggunakan produk menghilangkan parut yang tidak menitikberatkan soal menghilangkan jerawat. Ingat tu. Nota: saya berkata mengenai parut jerawat atau parut yang terdapat di muka. Bukan parut di anggota lain. Jadi, cara paling efektif untuk  menghilangkan parut berkenaan adalah:
  1. Pastikan anda menyapu sesuatu yang akan membuatkan kuman-kuman yang masih menghuni parut tersebut mati.
  2. Setelah langkah pertama dijalankan, anda tak boleh mengharap parut tersebut akan hilang dalam masa 2-3 hari. Sebaliknya anda kena bersabar sedikit. Proses menghilangkan parut berjalan begini: 
a) Penghuni parut mati,
b) Parut kosong yang kemudiannya akan perlahan-lahan cuba untuk menjadi sepadan dengan warna
    kulit di bahagian lain yang tidak dijangkiti jerawat
c) Parut pudar sikit demi sedikit.
    Tanda proses kehilangan parut ini berjalan dengan lancar adalah ;
    perhatikan parut tersebut. Kalau ia semakin lama-semakin sepadan dengan warna kulit di
    bahagian yang tidak berjerawat, sudah tidak gatal lagi,  maka anda berada di jalan yang betul.
    Bila bersabar dalam menanti ia pudar dan terus pudar.
d) Proses penggantian kulit yang berjalan dari dalam berjalan dengan baik.

Parut akan perlahan-lahan di isi dengan ‘isi’ yang akan menyamaratakan permukaan kulit wajah.Maka beginilah proses menghilangkan parut yang sebenar terjadi. Pastikan anda menggunakan produk yang betul bagi menghilangkan penghuni parut berkenaan.
Kalau tidak sia-sia saja kesabaran anda menanti parut tersebut pudar dan kemudian hilang.
Proses a – d yang saya sebutkan itu adalah petanda anda berada di jalan yang betul dalam usaha menghilangkan kesan parut jerawat. Jadi, rujuk nota ini kalau-kalau anda kini sedang dalam usaha menghilangkan parut berjerawat ini. Supaya anda tidak terkeliru dan selesa kerana tahu apakah anda sedang berada di jalan yang betul atau tidak.

0 Comments:

Post a Comment